Friday, 29 April 2011

Manuskrip Akasyah_30 (10)

Bila berjalan,suasana disekeliling tidak di pandang....Bila berhenti kaki  terketar-ketar,sejurus darah yang sedang mengalir pantas...Dihadapan ku berdirinya insan bernama wanita,dari bawah...tiada apa yang mendebarkan..Dipandang terus ke wajahnya,denyutan jantung..darah yang kian berlari,segala urat ku teregang......
Dikala bayu angin meniup kencang,selindung wajahnya terserlah..apa aku perlu memandang ke wajah itu??atau hanya mengeluarkan kata-kata?Tidak termuncul cinta itu jika sekali dipandang......Tidak lahir perasaan itu jika sekejap direnung...Tidak pula hadir sayang itu dihati jika tidak ditinggalkan berjauhan,...                                                         
Ombak tidak sekali deras,tidak sekali tinggi,angin tidak selalu kencang,dan tidak terasa angin itu jika kita sehaluan dengannya...
Berdepanlah dengannya,angkatlah wajahmu ke arahnya..,kerana,berdirinya dihadapanmu menandakan satu niat,harapan dan beribu hajat...Tertunaikah semua itu jika dibiarkan??
Mengapa dipetik pohon berduri?Sedangkan banyak lagi pohon yang sama,tidak berduri...
Biarpun berbatu,biar bergunung...jika diteruskan..pasti tercapai destinasi...Kawallah haluanmu,tentukanlah arah mu,kenalilah tujuanmu..ketahuilah isi hatimu...
Biar sudah lama terpaku diam di hati,
Kalau tidak dikeluarkan...seperti nasi,yang baru ditanak...memikat selera...begitulah ia......Lama-kelamaan,hilang rasa itu...tenggelam dek lautanmu sendiri...................................................................

Manuskrip Akasyah_30 (9)

Setibanya ia,aku tak mampu... ... ....


Mungkin keadaan tidak memberikan petunjuk kepada kita..Namun saat itulah,hati diperlukan unuk mencari petunjuk..Pandanganku,pandanganmu,berlawanan...bertentangan mata..Terdetik dihati,apakah itu tandanya aku s....................kepadanya?Kita semua tidak tahu,apakah orang yang di depan itu,adakah orang yang kita tidak kenal itu,atau adakah orang yang kita tidak pernah kenal itu,adalah teman yang dianugerahkan ilahi buat kita selamanya?
Tidak semua jalan itu baik...ada yang berlubang,berpasir,berbatu,,,dan jika kita peka,dan berhati-hati,maka selamatlah dan amanlah perjalanan kita...remember!!!!!Dan jika kita tidak memberi perhatian,maka terjunamlah kita ke dalamnya......
Hujan kadang kala lebat,kadang kala renyai..dimana bezanya lebat dengan renyai itu??Sedangkan ia berdua merupakan hujan...Kau dan aku,biarpun dari dunia yang lain,tetap tiada beda....hanya kerana niat yang satu,impian yang satu,maka layarkanlah hidup,..bersama kita binakannya,disertakan niat yang suci,abadilah hubungan...
              Senyumanmu kadangkala terbayang,pandangan matamu,tiada pernah hilang...teguran suaramu,selalu kedengaran.......Apabila jauh,bergetarlah perasaan,apabila dekat,berdebarlah hati,..keadaan itu membuktikan...............yang kita menaruh sesuatu terhadapnya..
Dimalam hari,termimpi-mimpi,disiang hari tercari-cari,Ya Allah,aku pohon,kekalkanlah keadaan itu...kekalkanlah si dia untuk ku....rahmatilah hubungan kami,lindungilah kami daripada ancaman,dugaan,dan masalah,,...semoga kami adalah pasangan bahagia yang kekal hingga hujung hayat......................

Wednesday, 27 April 2011

Manuskrip Akasyah_30 (23)

Adakah kita sedari?....Renungkan.....


Islam menyeru agar melindungi perempuan,ianya kerana syurga itu terletak ditelapak kaki ibu..
Dek ditelan masa yang penuh keraguan,kepalsuan,serta pengkhianatan,mereka yang bergelar suami kadangkala tersalah dalam menghukum para isteri..
Benar apa yang termaktub didalam Al Quran membenarkan suami memukul isterinya...Akan tetapi,ramai lelaki muslim menggunakan Surah An Nisa' untuk melakukan tindakan pengecut memukul perempuan...
Padahal surah itu menjelaskan tiga hal..yang mana disebut apabila seorang isteri berlaku Nusyuz,yang bermaksud melanggar komitmen pernikahan,dan seharusnya dilakukan oleh para suami adalah,;1.Dinasihati dengan nasihat-nasihat yang baik samada untuk si isteri mahupun kedua-duanya .2.Keduanya,apabila nasihat yang diberi seakan tidak diendahkan,haruslah memberi    
peringatan atau dengan mengasingkan tempat tidur bagi mengelakkan berlaku sesuatu yang tidak diingini.3.Dan,sekiranya nasihat yang sudah diberi,pengasingan tempat tidur atau peringatan sudah 
si suami laksanakan,tetapi masih tiada perubahan,maka disinilah masanya si suami diharuskan 
untuk memukul si isteri.Sehubungan itu,pukulan tidak dibenarkan dibahagian muka,dan niat memukul si isteri bukanlah untuk menyakiti.
Dalam proses perkenalan,merujuk masakini begitu mudah,dan terus diikat tanpa apa-apa..
Namun,Taaruf adalah pertemuan dua hati atau jodoh yang disaksikan pihak keluarga.Setelah itu,apabila suidah saling menyukai,maka yang terbaiknya ialah langsungkan saja pernikahan.
Tetapi jikalau sebaliknya,anggap sajalah pertemuan itu antara dua buah keluarga untuk menjalinkan silaturrahim.Semuanya bergantung kepada iman kita,bukan kerana perbezaan pangkat,harta,umur dan kerjaya.
Pernikahan itu satu ibadah,dan InsyaAllahakan dibuka pintu rezeki bagi mereka yang melaksanakan ibadah tersebut.Yang penting adalah akhlaknya,kerana ia lebih bernilai dan lagi dipandang berbanding wang atau harta.Sebuah masjid memerlukan imam dan makmum,begitulah juga pernikahan,memerlukan si suami dan si isteri(lelaki dan wanita).Yakinnya masjid yang dibina akan dihadiri imam dan makmum,maka yakinlah dengan pernikahan akan didatangi berkat Allah serta rahmatNya.Pernikahan memerlukan pengorbanan jiwa dan raga.
Dengan cinta ia tidak cukup untuk melangsungkan penyatuan hati,dan bukan itu syaratnya berkahwin dalam islam.Antara cinta dengan keinginan untuk memiliki sesekali tidak sama.......


Manuskrip Akasyah_30 (22)

Panduan buat teman... .... ....




Jodoh bukan datang dari langit,tetapi dari hati
Jodoh memang benar,tetapi ia bukan datang hanya dengan menunggu,
Jodoh satu usaha yang harus diusahakan..
Seperti juga ilmu,bukan datang bergolek,bahkan perlu merantau untuk mendapatkannya..
Sepertimana hadis rasullullah S.A.W..."belajarlah sehingga ke negara cina sekalipun.",..baginda juga pernah bersabda"belajarlah bermula sejak daripada  rahim ibu sehingga ke liang lahad"...
Setiap orang bersaudara mahupun orang kafir..
Islam mengajar kita untuk berbuat baik kepada sesiapapun,dari segi pemikiran,hati,dan perbuatan...
Talaqi syeikh uthman,seorang kiai yang termasyhur di al azhar berkata"orang asing yang masuk ke sesebuah negara dengan sah,iaitu kafir zimmi,harus dilindungi keselamatan dan kehormatannya..
Nabi Muhammad S.A.W bersabda"barang siapa menyakiti orang asing,bererti dia menyakitiku,dan barang siapa menyakitiku,bererti dia menyakiti Allah S.W.T...
Kita  boleh membenci perbuatan buruk seseorang,tetapi harus tetap adil...
Dalam satu rancangan motivasi agama,Al kuliyyah,seorang ustaz berkata"Allah memberikan sebarang ujian dan musibah,atau ketiadaan harta,kerana DIA ingin melihat kesabaran kita dan ingin mendidik kita..
Bila kita bersabar dengan semua itu,DIA akan memberikan kita pahala,kesenangan dan sebagainya...
Dalam satu riwayat Suyutii",Pada suatu hari,seorang sahabat datang kepada baginda rasullullah S.A.W,dan berkata"Kami memiliki seorang gadis yatim,dua orang pemuda datang melamar,seorang daripadanya kaya,dan seorang daripadanya miskin.Demikian itu,kami mahukan yang kaya,sebaliknya gadis itu mahukan
yang miskin,..Maka bagonda berkata"Tiada apa pun yang lebihb membahagiakan antara dua pasangan yang saling menyukai kecuali menikah..Dalam menghulurkan bantuan kepada seorang muslim itu wajib hukumannya..
Disaat kita tiada siapa yang menemani,ingatlah,Allah sentiasa disisi kita.....

Tuesday, 26 April 2011

Lovely Broder !! Slideshow

Lovely Broder !! Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Lovely Broder !! Slideshow ★ to Genting Highlands and Kuala Lumpur. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Lovely Broder !! Slideshow

Lovely Broder !! Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Lovely Broder !! Slideshow ★ to Genting Highlands and Kuala Lumpur. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Your Slideshow Title Slideshow

Your Slideshow Title Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Your Slideshow Title Slideshow ★ to Kuala Lumpur. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"