Wednesday 27 April 2011

Manuskrip Akasyah_30 (23)

Adakah kita sedari?....Renungkan.....


Islam menyeru agar melindungi perempuan,ianya kerana syurga itu terletak ditelapak kaki ibu..
Dek ditelan masa yang penuh keraguan,kepalsuan,serta pengkhianatan,mereka yang bergelar suami kadangkala tersalah dalam menghukum para isteri..
Benar apa yang termaktub didalam Al Quran membenarkan suami memukul isterinya...Akan tetapi,ramai lelaki muslim menggunakan Surah An Nisa' untuk melakukan tindakan pengecut memukul perempuan...
Padahal surah itu menjelaskan tiga hal..yang mana disebut apabila seorang isteri berlaku Nusyuz,yang bermaksud melanggar komitmen pernikahan,dan seharusnya dilakukan oleh para suami adalah,;1.Dinasihati dengan nasihat-nasihat yang baik samada untuk si isteri mahupun kedua-duanya .2.Keduanya,apabila nasihat yang diberi seakan tidak diendahkan,haruslah memberi    
peringatan atau dengan mengasingkan tempat tidur bagi mengelakkan berlaku sesuatu yang tidak diingini.3.Dan,sekiranya nasihat yang sudah diberi,pengasingan tempat tidur atau peringatan sudah 
si suami laksanakan,tetapi masih tiada perubahan,maka disinilah masanya si suami diharuskan 
untuk memukul si isteri.Sehubungan itu,pukulan tidak dibenarkan dibahagian muka,dan niat memukul si isteri bukanlah untuk menyakiti.
Dalam proses perkenalan,merujuk masakini begitu mudah,dan terus diikat tanpa apa-apa..
Namun,Taaruf adalah pertemuan dua hati atau jodoh yang disaksikan pihak keluarga.Setelah itu,apabila suidah saling menyukai,maka yang terbaiknya ialah langsungkan saja pernikahan.
Tetapi jikalau sebaliknya,anggap sajalah pertemuan itu antara dua buah keluarga untuk menjalinkan silaturrahim.Semuanya bergantung kepada iman kita,bukan kerana perbezaan pangkat,harta,umur dan kerjaya.
Pernikahan itu satu ibadah,dan InsyaAllahakan dibuka pintu rezeki bagi mereka yang melaksanakan ibadah tersebut.Yang penting adalah akhlaknya,kerana ia lebih bernilai dan lagi dipandang berbanding wang atau harta.Sebuah masjid memerlukan imam dan makmum,begitulah juga pernikahan,memerlukan si suami dan si isteri(lelaki dan wanita).Yakinnya masjid yang dibina akan dihadiri imam dan makmum,maka yakinlah dengan pernikahan akan didatangi berkat Allah serta rahmatNya.Pernikahan memerlukan pengorbanan jiwa dan raga.
Dengan cinta ia tidak cukup untuk melangsungkan penyatuan hati,dan bukan itu syaratnya berkahwin dalam islam.Antara cinta dengan keinginan untuk memiliki sesekali tidak sama.......


1 comment:

  1. assalamualaikumm..
    sekarang nie,ramai lelaki yg memukul isteri mcm nk membunuh..ikut hawa nafsu amarahnya..masyaALLAH..

    hmm..kalau dah mampu 2,cepat2lah kawen..hihi..^_^

    ReplyDelete