Saturday 30 April 2011

Manuskrip Akasyah_30 (15)

Pukul 3.00,aku tersedar,sentuhan dan kejutan dari perasaanmu,menyedarkanku.....Pucat,biru,badanku yang sejuk,ditambah dengan  bayu yang  sejuk menusuk ke tulang..Secara tidak sengaja,mulutku ternganga..bibirku terketar-ketar,menyebut-nyebut namamu,tanganku  tergapai-gapai,jari jemariku terpaut-paut,mataku tidak dapat menumpukan pada pintu yang terbuka luas...
Debaran itu,tidak pernah aku lalui,tidak pernah aku rasai..seakan-akan angin sejuk itu mengiringiku untuk menghadap ilahi..Ya Allah,benarkah petanda ini?Sesungguhnya aku masih mempunyai seseorang yang ku cintai,dan tidak aku sanggup melihatnya...sendirian....
Perlukah aku menyimpan semua ini darinya lagi?Tapi ke mana hilangnya keberanian diri ini untuk menghadapi semua ini..Ya Allah,tolonglah aku...Bagaimana jikalau aku terus menyimpan rahsia diri ini sehingga dia sendiri tahu..?Aku tidak mahu hancur sebelum kulit ini menyentuh tanah...dia masih perlukan aku..Azan subuh membuka tirai,aku terus melelapkan mata,dengan niat ingin mengejutkanmu,melihatmu keesokan hari,terus dengan niatku,menyambung lenaku...
Allahuakhbar,,..Allahuakhbar.....Allahuakhbar.....badanku yang dengan pakaian  tidurku,kerana takdir tuhan,telah ditukarkan dengan kain kafan.....Ya Allah,biru pada wajah semakin terang,bertutupkan dua ketul kapas pada hidungku,berselimutkan kafan,dikeliingi jiran,suasana di penuhi dengan bacaan yasiin......Sayang,jasad ini pernah berjasa padamu....pernah mencintaimu,membimbingmu,...Moga aku disana,akan selalu memerhatikanmu........................................................(Al-fatihah)

No comments:

Post a Comment